-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Saturday, February 4, 2012

10 orang ini memiliki Rekod Badan paling Pelik di dunia


1.  Cathie Jung: Pinggang terkecil di dunia-15 inci. Pernah ditulis di blog ini. Baca di Sini

2. Svetlana Pankratova: Kaki terpanjang-4 kaki 4 inci.Wanita kelahiran Rusia ini bukan lah wanita tertinggi di dunia tetapi memiliki kaki panjang yang direkod oleh Guinness.Bekas pemain basketball di USA ini juga memiliki tapak kaki yang besar dan panjang dengan ukuran 13 (US) / 46 (EU), sehingga menyukarkan beliau mencari saiz kasut yang sesuai.
3. Vivian Wheeler: Janggut perempuan paling panjang-11 inci. Bapa kepada wanita ini mendesak dia untuk mencukur janggut seawal umur 7 tahun tetapi membiarkan janggutnya tumbuh tanpa dipotong sejak tahun 1993.


4. Lui Hua: Tangan terbesar di dunia-ibu jari kirinya berukuran 10.2 inci.Lelaki Cina ini mengalami keadaan yang jarang berlaku dikenali sebagai macrodactyly. Ketika dia dimasukkan ke hospital di Shanghai pada Julai 2007, ibu jari kirinya diukur 10.2 inci dan jari telunjuknya diukur hampir 12 inciPada 20 Julai pakar bedah menjalankan pembedahan tujuh jam untuk mengurangkan saiz jari LuiDoktor mengeluarkan 11 paun daging dan tulang dalam prosedur itu. Pembedahan kedua dijadualkan bakal berlaku.


5. Annika Irmler: Lidah terpanjang bagi perempuan-2.7 inci.Gadis sekolah berumur 12 tahun asal German ini telah direkod sebagai perempuan yang memiliki lidah terpanjang.


6. Lee Redmond: Kuku terpanjang-sehingga beliau kehilangan kuku unik ini dalam kemalangan kereta.Wanita dari Utah ini tidak memotong kukunya sejak tahun 1979 dan merawatnya sehingga mencecah ukuran 8.65 m atau 28 kaki 4.5 inci.Ia direkod dalam Guinness sehingga   
Februari 2009 ketika beliau terlibat dalam kemalangan kereta.


7. Radhakant Baijpai: Bulu cuping terpanjang.Radhakant telah dinobatkan sebagai pemegang rekod dunia Guinness rasmi untuk rambut telinga terpanjang dalam tahun 2003, apabila ia mencecah 13.2cm.Beliau kini yang menunggu juri Guinness untuk mencatat rekod baru kerana bulu cuping lelaki India ini telah mencecah 25cm.


8. Mehmet Ozyurek: Hidung terpanjang-4.5 inci.Ukuran hidung lelaki Turki ini disahkan pada July 06, 2007.


9.  Devendra Harne and Pranamya Menaria: Jari tangan dan kaki terbanyak-25.Kedua-dua  penama asal India ini berkongsi gelaran apabila memiliki 12 jari tangan dan 13 jari kaki.

10. Frank Ames: Bulu kening terpanjang-3.7 inci.Ketika mencuba untuk mendapatkan gelaran itu pada 2003, gelaran Guinness itu belum wujud tapi kemudian disahkan.

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain