-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Tuesday, March 27, 2012

pelik-dilarang mati di empat tempat ini

Itsukushima - Japan
Menurut kepercayaan Shinto, pulau Jepun Itsukushima adalah tempat yang suci, jadi dalam usaha untuk menjaga kesucian pulau, imam kuil itu telah bekerja cukup keras untuk memastikan tiada kematian berlaku disana. Sejak tahun 1878, tiada kematian atau kelahiran  dibenarkan di kawasan berhampiran kuil. Wanita hamil yang menghampiri tarikh untuk melahirkan, warga tua atau golongan berpenyakit dan nazak tidak dibenarkan berada di pulau ini.

Longyearbyen - Norway
Kematian adalah haram di bandar artik Longyearbyen di Kepulauan Svalbard Norway ini.Bandar ini hanya mempunyai tanah perkuburan kecil dan lebih daripada 70 tahun yang lalu sejak pengkebumian terakhir dilakukan di bandar ini.Mereka yang nazak akan segera dihantar ke bahagian lain di Norway untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka!Alasan di sebalik pengharaman ini ialah kerana mayat yang ditanam di sini tidak mereput atau membusuk kerana ais.Fakta ini timbul setelah para pengkaji menemui mayat sempurna seorang lelaki yang mati pada tahun 1917.

Falciano del Massico - Italy
Satu alasan sahaja kenapa ia diharamkan, kekurangan ruang untuk dijadikan tempat pengkebumian!

Sarpourenx - France
Keputusan pengharaman kematian di sini datang selepas mahkamah Perancis enggan memberi kebenaran untuk memperluaskan kawasan perkuburan di kota ini.Dan tiada alasan jelas kenapa mahkamah enggan memberi kebenaran!

odditycentral


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain