-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Wednesday, May 30, 2012

7 Simbol Pemujaan Syaitan yang Popular



1. Symbol Scarab
Scarab diambil dari bahasa latin iaitu Scarabaeus Sacer dipercayai merupakan salah satu symbol satanic di dunia ini. Ia merupakan salah satu haiwan daripada keluarga kumbang. Orang-orang Mesir kuno percaya bahawa kumbang jenis ini sesuatu yang keramat, suci dan bagus untuk dijadikan simbol, tanda atau azimat.



2. Symbol Hexagram
Digunakan dalam upacara ritual mistik untuk memanggil setan.


3. Symbol Pentagram
Digunakan oleh tukang sihir perempuan dan ia berkaitan dengan Lucifer. 



4. Symbol Tanduk Unicorn
Pertama kali digunakan oleh para pendeta Druid di Skotland dan Ireland. Tanduk Unicorn akan digunakan dalam upacara ritual untuk meminta bantuan kewangan daripada syaitan.


5. Symbol Mata Horus
Horus adalah dewa yang berkaitan dengan matahari. Dia merupakan anak kepada Isis dan Osiris. Mata Horus melambangkan simbol mistik  bermakna ‘Maha Mengetahui & Melihat’.


6. Symbol Bulan Sabit
Bulan sabit digunakan sebagai simbol Isis dan juga Diana, iaitu Ratu Syurga. Kitab kuno mengisahkan riwayat keturunannya berasal dari cucu Nuh bernama Cush. Cush menikahi seorang perempuan jahat bernama Semiramis, ratu Babylonia yang turut dikenal sebagai Venus, Ashtoreth, Diana dan Isis. Upacara ritualnya dikaitkan dengan hubungan seks di bawah sinar bintang dan bulan, para pengikutnya akan menikmati seks satu sama lain.


7. Symbol Ankh
Simbol ini menyerupai salib dalam ajaran kaum Nasrani tetapi ia sama sekali tidak berkaitan dengan salib. Ankh berasal dari mistik Mesir kuno. Pada masa itu Ankh dipergunakan dalam upacara pemujaan RA, dewa matahari Mesir kuno yang diyakini sebagai wujud lain daripada setan & pencipta alam semesta yang disembah oleh orang-orang Mesir kuno. Lingkaran pada simbol ini adalah gambaran matahari manakala syarat utama untuk menggunakan simbol ini ialah orang-orang Mesir kuno diwajibkan mempersembahkan kesucian gadis perawan dalam sebuah pesta ritual yang menyeramkan.

entri lain yang menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain