Bintang kabaret menggoda, Pam Shaw, berharap akhirnya kehilangan keperawanan di usia 70 tahun.PAM, yang tinggal dengan Lilian ibunya sehingga kematiannya pada tahun 1995 di umur 97 tahun, berkata: "Saya tidak pernah kekurangan tawaran nyanyian dalam zaman kegemilangan saya, lelaki melihat pakaian saya yang terdedah di atas pentas dan berfikir saya seorang yang mudah jatuh dalam dakapan lelaki.Namun itu bukan saya, apatah lagi ibu begitu mengawal tingkah laku saya, saya juga tidak percaya pada seks sebelum perkahwinan''.
Wanita ini merasa bahawa saat terbaik untuk kehilangan perawannya ialah di usia sekarang kerana dia sudah bersedia, lagipula ibunya sudah tiada untuk mengawal tindak tanduknya.Dia ingin mencari lelaki yang sesuai dan berkahwin kerana dia sudah siap untuk melakukan hubungan badan.
"Pada tahun 1976, saya pernah dilamar oleh seorang pekerja pelantar minyak di Blackpool. Saya berkata ya, tetapi kemudian memutuskan pertunangan itu apabila saya sedar saya tidak menginginkan dia''.
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment