Tahun 1982 - 5 sekawan mengambil gambar menggunakan kamera yang telah ditetapkan masanya semasa mereka bercuti di Tasik Copco di utara California. Lelaki dalam gambar ini bernama John Wardlaw, Mark Rumer, Dallas Burney, John Molony dan John Dickson adalah kawan sekolah tinggi dari Santa Barbara, California. Lima tahun kemudian, atas idea John Wardlaw yang amat meminati bidang fotografi, mereka pun mengambil gambar berlima dalam posisi yang sama. Dan sehingga kini, setiap lima tahun sekali, mereka akan melakukan aktiviti yang boleh dikatakan mengeratkan lagi hubungan mereka ini.
1 comments:
boleh cuba idea nie :)
Post a Comment