Jika terlalu lapar, Chotu Kumar, 6, akan menghisap dan minum susu anjing yang
berkeliaran di sekitar rumahnya. Kanak-kanak ini berasal daripada keluarga miskin di
daerah Jharkhand, India, dia tinggal bersama nenek, ibu, abang dan adiknya. Bapa Chotu Kumar
telah meninggal dunia 4 tahun lalu.
Menurut ibunya, Shanichari Devi, 37, Chotu mula minum susu anjing sejak 2
tahun lepas kerana keluarganya tidak mampu membeli susu buatnya. Pada mulanya
Shanichari Devi terkejut apabila mendapati anaknya minum susu terus dari
puting anjing lalu menarik untuk menghalang anaknya namun selepas itu
Chotu Kumar tetap mengulangi perbuatannya setiap kali dia
kelaparan. Akhirnya, ibunya hanya membiarkan sahaja perbuatan anaknya itu.
|
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment