Seorang wanita dari Abuakwa, Ghana, telah melakukan sesuatu yang amat kejam terhadap anak tirinya - membakar zakar kanak-kanak berumur 6 tahun itu dengan kertas dan mancis!
Cecilia Menaba, 23, didakwa telah membakar zakar Prince Yona Menaba di dalam bilik mereka selepas kanak-kanak malang itu kencing ketika sedang tidur. Ibu tirinya yang tidak berhati perut kemudian memutuskan untuk melakukan kezaliman itu agar dia tidak kencing malam lagi. Polis di Abuakwa telah diberitahukan tentang kes ini oleh seorang individu namun ketika polis tiba untuk menangkap Cecilia Menaba, dia sudah melarikan diri bersama kanak-kanak itu dan kini dipercayai bersembunyi di Gyakye Ahenkro.
Menurut satu sumber, ayah kanak-kanak itu sedang berada di tempat lain atas tuntutan kerja manakala ibunya pula tinggal di Kintampo. Cecilia Menaba juga dikatakan selalu melayan kejam dan menyebabkan anak tirinya selalu dalam kelaparan.
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment