Seorang lelaki warganegara British yang dilahirkan di Hong Kong untuk ibu bapa Taiwan baru-baru ini ditangkap di Bangkok kerana cuba menyeludup keluar enam janin panggang yang dibalut dalam emas.
Hok Kuen Chow memberitahu pihak berkuasa bahawa dia berhasrat untuk menjual janin-janin itu di Taiwan pada harga kira-kira AS $ 6,500. Kadar keuntungan yang akan diperoleh di Taiwan adalah sekurang-kurangnya enam kali ganda daripada yang Chow telah bayar untuk mendapatkan janin-janin itu.
Seorang pegawai polis Bangkok berkata pelanggan membeli janin yang dipenuhi emas ini kerana ia digunakan dalam sejenis ritual ilmu hitam yang dipercayai membawa tuah. Pihak berkuasa Thailand kini cuba untuk menentukan sama ada janin-janin ini diperoleh daripada kes pengguguran kandungan atau telah diambil dari hospital atau lokasi lain. Chow sedang di penjara untuk tindakan buruknya itu.
Entri lain yang Menarik
1 comments:
jahatnyer laki nih
blog sy http://www.kotak-lirik-lagu.com
Post a Comment