Menurut Deadline, Jennifer Lopez (J.Lo) dikhabarkan akan menerbitkan sebuah rancangan televisyen untuk ABC Family. Ia menimbulkan sedikit kontroversi kerana rancangan drama itu nanti akan bertemakan kisah lesbian. Siri sejam yang belum berjudul itu akan menampilkan kisah pasangan lesbian yang mempunyai 3 anak (seorang anak lelaki biologi dan sepasang anak angkat kembar lelaki dan perempuan), di mana kehidupan keluarga ini mula huru-hara selepas mereka membawa masuk seorang gadis ke rumah mereka. Dikhabarkan, J.Lo akan menjemput beberapa bintang jemputan dalam drama kekeluargaan ini.
Entri J.Lo yang lain:
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment