Seorang lelaki ditangkap selepas didakwa MAKAN anjing keluarga jirannya dalam serangan mengejutkan selepas pengambilan dadah dalam dos yang tinggi.
Michael Terron Daniel, 22, dikatakan menggigit daging anjing jirannya yang hidup sehingga koyak sebelum memukul dan mencekik mati anjing itu. Serangan ngeri itu dikatakan berlaku selepas Daniel dipercayai telah mengambil ganja sintetik yang dikenali sebagai K2. Saksi melaporkan melihat dia merangkak dan mengejar haiwan itu sambil menyalak.
Sgt. W. Patrick Swanton memberitahu laman web KWTX.com bahawa pegawai polis mendapati suspek duduk di luar rumah berlumuran darah di tangan dan pakaiannya. Dia kemudiannya dibawa ke hospital tetapi anjing itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ganja sintetik ini dicipta menggunakan herba yang kemudiannya disembur dengan bahan kimia untuk memberikan pengguna rasa dan kesan yang serupa dengan ganja sebenar serta turut mempunyai kesan sampingan yang berbahaya termasuk halusinasi, paranoia melampau dan kelakuan ganas.
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment