-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, July 27, 2012

Tiduri Anjing selepas permintaan ditolak bekas isteri

Seorang wanita yang menolak ajakan hubungan seksual bekas suaminya kemudian mendapati bekas suaminya itu melakukan hubungan seks dengan anjing miliknya.


Nicholas Saunders berkahwin dengan Kelly Thacker pada tahun 1999 dan bercerai tiga tahun kemudian. Pada hari kejadian, selepas dihalau keluar rumah oleh teman wanitanya, Saunders pergi ke rumah Thacker. Saunders mengajak bekas isterinya itu untuk melakukan hubungan seks namun ditolak, Thacker kemudian membenarkan Saunders tidur di bilik rumah itu untuk malam itu saja dengan syarat tiada hubungan kelamin. Selepas mereka berbual-bual selama hampir sejam, Saunders naik ke bilik tidur di tingkat atas sambil bersiul agar anjing betina milik Thacker mengikutinya. Tidak lama kemudian, Thacker yang merasa pelik dan tidak sedap hati turut naik ke tingkat atas untuk menyiasat lalu mendapati Saunders dalam keadaan berbogel dan sedang melakukan hubungan seks dengan anjing betina bernama Sasha itu.

Kes itu telah disiasat dan didapati terdapat DNA anjing pada tempat kejadian dan pada tubuh Saunders. Pendakwa berkata apabila Saunders ditangkap, dia berkata kepada polis bahawa anjing itu naik ke atas katil ketika dia telah berbogel dan terbangun selepas anjing itu menjilat mukanya. Saunders mengaku tidak bersalah dan perbicaraan masih diteruskan.

Entri lain yang menarik


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain