Pages

Sunday, August 5, 2012

Kisah Mulia Nenek Miskin pungut 30 bayi terbiar dari tong sampah


Lou Xiaoying, seorang nenek berusia 88 tahun yang terlantar lemah di hospital kerana penyakit kegagalan ginjal di sebuah hospital di China. Namun, nenek ini bukan orang biasa, dia istimewa dan seorang yang sangat berhati mulia. Selama hidupnya, dia dan suaminya, Li Zin yang meninggal dunia 17 tahun lalu telah mengambil 30 anak terbiar dari tong sampah dan jalanan walaupun dia hidup dalam kemiskinan. Dia hanya seorang tukang pungut sampah yang mengitar semula sampah sebagai sumber mata pencarian.


Bayi-bayi dan anak-anak malang yang dia temui dijaga dengan baik. Walaupun nenek ini hanya mempertahankan empat daripada kesemua anak itu namun suami isteri ini memberi 26 anak yang lain kepada rakan atau keluarga asuh yang mampu. Anak terakhir yang dijumpai nenek ini ketika dia berusia 82 tahun ialah seorang budak lelaki (kini berumur tujuh tahun) dari tempat buang sampah. Dia menamakan budak itu Zhang Qilin, yang bermakna "rare and precious." Anak-anak nenek ini yang sudah dewasa menolong menjaga Zhang Qilin ketika ini.

Kebaikan nenek ini bermula pada tahun 1972 apabila dia menemukan seorang bayi perempuan di atas longgokan sampah. Lou, yang memiliki satu anak kandung perempuan, Zhang Caiying (49), bertekad mengabdikan hidupnya untuk menjaga bayi-bayi yang dibuang sehingga akhir hayatnya.

Entri lain yang menarik


1 comment: