Restoran Guolizhuang menawarkan lebih daripada 30 jenis hidangan zakar haiwan yang boleh menelan belanja 500 yuan (77 USD) sehingga 90 000 yuan (14 000 USD). Adalah dipercayai bahawa memakan zakar haiwan boleh menguatkan keupayaan seksual seorang lelaki. Makanan pelik ini juga kadang-kadang dimakan mentah. Oleh kerana makanan yang dihidangkan di restoran ini dianggap sesuatu yang luar biasa, walaupun untuk orang China, pelayan di restoran ini akan menerangkan sifat-sifat setiap hidangan untuk pelanggan mereka. Sebagai contoh, wanita tidak boleh makan buah zakar kerana dipercayai hormon yang memberi mereka suara garau dan pertumbuhan janggut akan meningkat tetapi jika pelanggan wanita memakan zakar adalah tidak berbahaya.
Antara hidangan yang paling mahal di restoran yang terletak di Beijing ini ialah zakar yak (lebih daripada $ 220) dan 10 hidangan pelbagai zakar haiwan dalam satu pinggan ($ 110). Salah satu juadah eksklusif di sini ialah zakar harimau yang bernilai lebih daripada $ 1 500 dan ia harus ditempah beberapa bulan lebih awal serta pelanggan mestilah terlebih dahulu mengisi permohonan untuk kad keahlian sama ada perak, emas atau platinum untuk mendapatkan peluang menikmati zakar harimau ini.
kredit: Asiantown.net (Via BBC, Spiegel.de, China Daily)
Entri lain yang menarik
No comments:
Post a Comment