Sehelai seluar dalam kotor yang pernah dipakai oleh Elvis Presley dan tidak dibasuh selepas itu dijangka mencecah harga $ 16,000 (10,000 pounds) pada satu lelongan di England bulan depan, lapor Metro UK. Tetapi laman web lelong Omega yang memaparkan item itu meletakkan anggaran antara $ 11,000 dan $ 14,000 pada petang Isnin lalu.
Elvis Presley dikatakan telah memakai seluar dalam itu pada satu konsert dalam tahun 1977. Acara lelongan yang bakal diadakan di Stockport, Greater Manchester itu akan disiarkan melalui internet oleh laman web lelong Omega pada 8 September hadapan.
Antara barang milik Elvis Presley yang pernah dilelong sebelum ini ialah tali pinggang ($ 66,000) dan botol pil ($ 800)
Entri Menarik Yang Lain:
No comments:
Post a Comment