Billy Gibby, seorang peninju dari Anchorage, Alaska, melakukan satu cara pelik untuk mendapatkan wang.
Billy telah menyaksikan beberapa syarikat membayar peninju untuk membuat tatu sementara yang akan mengiklankan jenama mereka. Dari pemerhatian Billy, dia kemudian memutuskan untuk pergi sedikit lebih jauh dengan menawarkan badannya sebagai kawasan pengiklanan untuk iklan tatu kekal. Untuk masa ini, sebanyak 16 laman web telah membayar untuk meletakkan iklan mereka pada badan Billy. "Manusia Billboard" ini kini bersedia untuk membuat sekurang-kurangnya 30 tatu di tubuhnya lagi. Harga iklan berbeza bergantung kepada saiz dan lokasi dan ia boleh mencapai $ 20,000 untuk tatu di bahagian dahi.
kredit: asiantown.net
Entri lain yang Menarik
No comments:
Post a Comment