Tequendama Falls (Salto del Tequendama) adalah satu tarikan pelancong utama yang terletak kira-kira 30 km barat daya Bogotá, ibu kota Colombia. Beribu-ribu pelancong datang melawat kawasan itu untuk mengagumi air terjun yang berketinggian 157 meter (515 kaki) dan keindahan sekitarnya termasuk sebuah hotel yang dikatakan berhantu, Hotel del Salto.
Hotel mewah itu dibuka pada tahun 1928 untuk menyambut pelancong kaya yang melawat kawasan Tequendama Falls. Terletak hanya bertentangan dengan air terjun dan di pinggir tebing, ia menyediakan pemandangan indah untuk para tetamu. Namun pencemaran sungai Bogotá menyebabkan pelancong secara beransur-ansur hilang minat untuk datang ke kawasan itu. Hotel ini akhirnya ditutup pada awal 90-an dan telah dibiarkan terbengkalai. Hakikatnya, ramai orang pada masa lalu memilih tempat itu untuk membunuh diri membuat orang ramai percaya bahawa hotel ini memang berhantu!
kredit: http://desertedplaces.blogspot.com
Entri Lain Yang Menarik
No comments:
Post a Comment