Barry McCarney dilihat di CCTV cuba sedaya upaya membantu anak perempuan teman wanitanya yang hampir mati agar terus hidup. Tetapi rakaman dalam Hospital Erne di Ireland Utara itu tidak menggambarkan realiti ngeri pada bayi itu sebaliknya ia adalah penyamaran aksi seorang Paedophile yang melakukan serangan seksual pada anak kecil malang bernama Millie Martin.
McCarney dilihat dalam CCTV pada awalnya sebagai bapa terdesak memberi ciuman bantuan pernafasan untuk bayi berusia 15 bulan itu. Ternyata dia adalah raksasa yang menyalahgunakan Millie Martin sehingga dia meninggal dunia akibat kecederaan teruk.
McCarney, dari County Tyrone bertemu ibu Millie, Rachael Martin hanya tiga bulan sebelum kematian bayi itu dan dengan mudahnya dia berjaya masuk ke rumah teman wanitanya di Enniskillen dan seterusnya melakukan kerja terkutuk terhadap Millie.
Sepanjang perbicaraan sepuluh minggu, mahkamah mendengar bagaimana dia secara fizikal mendera secara seksual Millie termasuk luka di kepala yang telah membunuh bayi itu. Seorang pakar patologi mendapati bahawa Millie telah mengalami keretakakan 21 rusuk, tujuh daripada luka yang lama manakala selebihnya telah berlaku dalam sepuluh hari sebelum kematian Millie. Lebam yang banyak turut ditemui pada badan Millie bersama dengan benjolan yang jelas kelihatan berbentuk bujur pada dahinya.
Semasa pemeriksaan post-mortem, pakar patologi mendapati kecederaan abdomen disebabkan oleh menumbuk turut menyebabkan bayi itu maut. McCarney didapati bersalah membunuh, serangan seksual dan menyebabkan kemudaratan tubuh badan yang tidak terperi sakitnya - kredit asiantown.net
Entri lain yang Menarik
ingatkn dia penyelamat, tapi... hampeh!
ReplyDelete