Pages

Monday, January 28, 2013

keluarga ini tinggal dalam batu selama 30 tahun di Mexico (3 gambar)

International Business Times melaporkan bahawa pertama kali lelaki bernama Benito Hernandez mengunjungi batu ini ialah ketika dia berumur 8 tahun. Dia menyukainya dan berjanji akan datang lagi.



Dia berjuang untuk mendapatkan batu itu dan akhirnya dia mendapatkannya secara sah. Dia berkahwin dan kemudian membesarkan tujuh anak di bawah batu berbentuk kanopi besar itu. Rumah batu ini tidak memiliki sistem kumbahan, bekalan air paip dan bekalan elektrik. Mereka menggunakan mata air terdekat sebagai sumber air segar dan memasak menggunakan kayu.

Hernandez membina sebuah rumah kecil di bawah batu menggunakan bata kering dan kayu. Keluarganya telah tinggal di situ selama lebih daripada 30 tahun, menghadapi musim sejuk yang sukar dengan bekalan makanan yang kurang. Keluarga lain yang turut hidup di bawah rumah batu sebelum ini telah berpindah tetapi Hernandez tetap tinggal di situ. Dia dan isterinya menuai Candelilla yang dijadikan wax yang digunakan dalam produk seperti lilin, gula-gula getah dan kosmetik.

Entri Lain Yang Menarik

No comments:

Post a Comment