Pages

Tuesday, May 28, 2013

Saya di perangkap - penjelasan Shah Jaszle mengenai kes khalwat

KUALA LUMPUR: Setelah hampir dua minggu ‘menyembunyikan diri’ dan mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan, pelakon Shahrizal Jaszle, 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap.
Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan. Baca artikel Shah Jaszle ditangkap Khalwat dengan gadis 21 tahun
"Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.
"Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti," tegasnya.
Dalam pada itu tambah pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Asmaratersebut, dia sedikit pun tidak berasa tergugat walaupun namanya sudah tercalar gara-gara kejadian itu.
Beritahu Shahrizal, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.
"Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap," ujarnya.
Tambah Shahrizal, dia juga bersyukur mempunyai tunang yang cukup memahami dan tidak melatah selepas mendapat tahu kejadian tersebut
"Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka.
"Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya," tuturnya.
Dalam pada itu, Shahrizal berkata, kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya itu merupakan satu pengajaran besar buatnya di mana dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah yang dilakukan selepas ini.
"Ia menjadi tauladan besar buat saya. Tidak sangka, dalam berjaga-jaga batas pergaulan, perkara begini boleh terjadi kepada saya," tuturnya.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
source: http://mstar.com.my
Entri lain yang menarik


No comments:

Post a Comment