SHAH ALAM: Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis. Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam. “Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya. Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja – BERNAMA Sementara itu, menurut sumber-sumber OHBULAN, apartment itu dikatakan milik rakan pelakon itu. Kata sumber-sumber itu lagi, ketika serbuan, terdapat satu lagi pasangan namun selepas pemeriksaan didapati sudah berkahwin. Manakala pelakon itu dikatakan ditahan bersama pasangannya berusia 21 tahun di dalam sebuah bilik berasingan di apartment itu. Kami juga difahamkan, tunang pelakon itu dikatakan datang sendiri ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjamin bakal suaminya itu - source Ohbulan JAIS Sahkan Shah Jaszle Ditahan Posted By Sataypanas SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan pelakon filem Azura, Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi atau yang dikenali sebagai Shah Jaszle ditahan oleh pihak berkuasa itu pada awal pagi ini. Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, pelakon tersebut ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS di Apartment Taman Sri Subang di sini pada pukul 3.30 pagi. “Penahanan Shah Jaszle berdasarkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya. “Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Marzuki berkata, penangkapan tersebut dibuat berdasarkan aduan orang awam kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS semalam - source Sataypanas |
update: bukan tunang yang menjamin Shah Jaszle!
Entri lain yang menarik
Hmmm..rupenye dia ni...habiss laa kantaoi
ReplyDelete