Pages

Sunday, July 21, 2013

8 Selebriti Lelaki yang buat pembedahan Plastik (8 gambar)


Pembedahan plastik di hollywood bukan saja laku di kalangan selebriti wanita tetapi juga banyak dilakukan oleh selebriti lelaki. Melalui entri 10 artis buat pembedahan cantikkan hidung, artis lelaki turut tersenarai bersama artis wanita. Di bawah ini merupakan senarai artis lelaki yang melakukan pembedahan plastik, tentunya agar mereka kelihatan lebih menarik namun ada juga yang berlaku sebaliknya. Oh, jangan lupa lihat juga entri 7 artis popular Indo yang buat pembedahan plastik termasuk Kris Dayanti dan pembedahan plastik artis popular Korea - gambar sebelum VS selepas

Shia LaBeouf (gambar di atas diambil dari entri 10 artis buat pembedahan cantikkan hidung)
Gambar ini mampu menjelaskan prosedur pembedahan plastik apa yang telah dilakukan Shia - Hidung!

Bruce Jenner (bapa tiri Kim Kardashian)
Melakukan nose job dan facelift pada tahun 1976 selepas memenangi pingat emas di Olimpik. Malangnya, pembedahan itu kurang berjaya dan dia melakukan facelift buat kali ke dua untuk membetulkan kesalahan pembedahan yang pertama. Keputusannya itu dimasukkan dalam episod Keeping up With the Kardashians 2009.


Michael Jackson
Raja Pop ini mengaku melakukan dua nose job dan membuat lesung pada dagunya antara tahun 1980an dan juga di sekitar akhir hidupnya.


Sylvester Stalone
Selama bertahun-tahun, pelakon ini dikatakan pernah menjalani pembedahan fore head lift untuk mengekalkan kemudaannya. Gambar di atas diambil pada tahun 1999 dan 2011.


Mickey Rourke
Sukan tinju telah banyak 'merosakkan' wajah lelaki ini sehingga beliau memilih doktor pakar plastik untuk 'memulihkan' wajahnya. Beliau berkata "I had my nose broken twice. I had five operations on my nose and one on a smashed cheekbone. I had to have cartilage taken from my ear to rebuild my nose and a couple of operations to scrape out the cartilage because the scar tissue wasn’t healing properly. Most of [the surgery] was to mend the mess of my face because of the boxing, but I went to the wrong guy to put my face back together.”
Mickey Rourke bagaimanapun terus melakukan pembedahan plastik lagi bagi 'membetulkan' pekerjaan doktor plastik yang membuat wajahnya jadi pelik.


Gene Simmons
Ahli kumpulan KISS ini melakukan facelift bersama isterinya pada tahun 2007 untuk kelihatan muda, dia juga turut membuang lebihan kulit di bawah dagunya.


Kenny Rogers
Melakukan facelift untuk kelihatan sepadan dengan isteri mudanya, malangnya, dia menyesali tindakannya itu kerana merasakan penegangan di bahagian matanya telah membuat wajahnya kurang berseri (wajah kelihatan tegang)


Patrick Dempsey
Pelakon berusia 47 tahun ini dikatakan pernah menjalani pembedahan plastik di bahagian hidung dan juga menggunakan botox untuk tetap kelihatan muda.

source: wetpaint.com


Entri lain yang Menarik

No comments:

Post a Comment