Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini.
Utusan Malaysia, dalam SMS berita terkininya, pada jam 5.26 petang ini menyebut sehingga ini 10 mayat ditemui manakala 15 mangsa cedera kini dirawat di Hospital Selayang
Sebelum ini, Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini,pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.
Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakiniberkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
AP pula memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.
Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung. sumber: malaysiakini
Entri lain yang menarik
No comments:
Post a Comment