Pages

Monday, October 14, 2013

OMG Penjaga Gol Brazil bunuh bagi makan Anjing Mayat Kekasih (video dan 2 gambar)


Brasilia: Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala 
Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan 
mayat itu kepada anjing - video di sini

Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak 
dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan.

De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan 
dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu 
menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.

She is pictured presenting a report to police against the footballer in 2009
Eliza membuat laporan polis selepas hamil


Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh 
Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku 
menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh 
wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain,termasuk isterinya Dayane, seorang lagi 
bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.


Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum 
membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan 
mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam 
di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza 
dan dihukum penjara 15 tahun.

Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut 
akan berpindah ke kelab AC Milan.

Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.



DE SOUZA menangis ketika menceritakan bagaimana Eliza dibunuh kepada mahkamah.

Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan 
pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik,
Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh 
menunggu di situ,” katanya.

Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo 
berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.

De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009. - artikel dari Metro.


Tambahan info dari Daily Mail

-'barbaric tortures' telah dilakukan pada Eliza, kemudian dia dicekik dengan tali leher 
hingga mati di hadapan bayi lelakinya yang berusia empat bulan.

- bayi itu kemudian ditemui polis di kawasan setinggan selepas ditinggalkan oleh isteri De Souza,Dayane.

-bayi itu kini dijaga oleh ibu Eliza.

-ujian DNA kemudian mendapati bayi itu memang anak De Souza.

-De Souza yang membayar upah £8,000 untuk tujuan kejam itu berdepan hukuman penjara 
hingga 41 tahun jika didapati bersalah.

No comments:

Post a Comment