Sebuah blog Israel iaitu elderofziyon.blogspot telah menyiarkan kisah pengantin Malaysia yang memijak dan membakar bendera Israel dengan menjadikan Astro Awani sebagai sumber berita mereka. Blog Israel yang boleh di akses di Sini itu baru menyiarkan berita itu hari ini tetapi telah menerima lebih 200 komen. Perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.
Di bawah ini merupakan petikan berita perkahwinan pengantin itu yang admin petik dari sinarharian.com.
Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.
Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.
Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.
Entri lain yang Menarik
No comments:
Post a Comment