Akhirnya sebentar tadi, Anzalna telah memohon maaf kepada Neelofa atas segala tuduhan yang dilemparkan menerusi BiPop kira-kira sebulan yang lepas. Kenyataan maaf yang tersebut telah dibaca di dalam sidang media yang turut dihadiri Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Berikut ialah permohonan maaf daripada Anzalna:-
Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya. Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar tersebut.Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu.
Selepas permohonan maaf itu, Neelofa berkata yang hari ini telah membuktikan dirinya berada di pihak yang benar. Semoga selepas ini mereka berdua dapat berbaik semula seperti dahulu dan terus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier masing-masing. Kredit info Mstar Online.
Entri lain yang mungkin anda suka:
0 comments:
Post a Comment