-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Showing posts with label Guinness Book of Records. Show all posts
Showing posts with label Guinness Book of Records. Show all posts

Friday, July 26, 2013

OMG Inilah 10 Makanan Termahal di Dunia (11 gambar)


#10 La Bonotte Potatoes - Kentang memang murah di pasaran biasa tetapi kentang jenis ini hanya boleh dituai di Noirmoutier, sebuah pulau yang terletak di luar Barat Perancis, ia menelan belanja $ 1,543 untuk kira-kira 0.45kg.




#9 Almas Caviar - Selama bertahun-tahun, kaviar memang dianggap sebagai makanan mahal yang hanya dihidang di restoran mewah. Kaviar jenis ini diperoleh daripada ikan beluga (sturgeon) dan berharga $ 25 000 satu tin, bekas kaviar pula diperbuat daripada emas 24 karat.



#8 Matsutake Mushrooms - Makanan mahal yang amat terkenal pada tahun 80-an dan 90-an. Oleh kerana ia semakin jarang berada dalam pasaran, maka ia dijual kira-kira $ 2000 untuk lebih kurang 453gram, kadang kala lebih mahal bergantung pada permintaan.





#7 Moose Milk Cheese - Terdapat hanya di ladang rusa private di Sweden, harganya $ 500 untuk lebih kurang 453gram.




#6 Densuke Black Watermelon - Buah yang hanya ditanam di Pulau Hokkaido, Jepun ini dijual pada harga $ 6100 untuk lebih kurang setiap 7kg, dan setiap tahun hanya 10 000 buah yang ditanam.




#5 Samundri Khazana - Dikenali sebagaI 'TREASURE OF THE SEAS', hidangan mewah ini terdiri daripada campuran kaviar beluga, siput laut dan lobster kemudian ditabur dengan emas yang boleh dimakan dengan rasa kari yang kuat. Harganya, $ 2000 untuk satu porsi.




#4 Pizza Royale 007 - World's Most Expensive Pizza, dilelong pada tahun 2006 dan seorang peguam Italy bernama Maurizio Morelli membayar sejumlah $ 4200 untuk mendapatkannya.




#3 Wagyu Beef - Sama seperti Kobe Beef dari Jepun, makanan ini datang dari beberapa variasi lembu untuk menghasilkan peratusan yang tinggi lemak tepu dan rasa yang kaya. Harganya, $ 2 800.




#2 Chocopologie - Dicipta oleh Knipschildt, Chocopologie adalah kepingan coklat kecil paling mahal di dunia. Ia terdiri daripada 70% Valrhona kakao dan harganya $ 2 600 untuk kira-kira 453gram.




#1 The Zillion Dollar Frittata - Walaupun daging dikenal sebagai sumber protin termahal tetapi omelet telur yang dicampur kaviar dan lobster ini dijual pada harga $ 1000 sepinggan.

source: likes.com

Thursday, July 11, 2013

Wanita cantik ini miliki Tubuh paling Melentik di dunia (12 gambar)


Julia Gunthel atau nama komersialnya Zlata yang berasal dari Rusia dan kini menetap di Jerman ini merupakan 'Goddess of Flexibility' dan pemegang rekod Guinness kerana beliau berjaya memecahkan belon dengan melipat tulang belakangnya. Gambar-gambar Zlata di bawah diambil untuk diletakkan dalam kalendar tahun 2013. Orang Rusia memang berbakat dalam meliuk-lentukkan tubuh mereka, buktinya bukan saja Zlata tetapi gadis-gadis cun Rusia ini yang sedang meraihkan kemenangan mereka di sukan Olimpik 2012 lalu dalam acara gimnastik.

JANUARY: Contortionist Julia Gunthel - also known as Zlata - has released a calendar showing off her flexibility around the office

JANUARY: Contortionist Julia Gunthel - also known as Zlata - has released a calendar showing off her flexibility around the office

MARCH: Who needs tables? Zlata bends over backwards for her bossFEBRUARY: Look no hands

FEBRUARY AND MARCH: Rubbery Russian Gunthel goes by the name of Zlata when performing

APRIL: All tied up with paperworkMAY: Glamorous Zlata has a lot of fans
APRIL AND MAY:  The self-titled 'Goddess of Flexibility' produces her head-turning calendars by contorting her body with a different theme each year

AUGUST: Chatty Zlata gets her leg overJULY: Zlata takes a break for cake
JULY AND AUGUST: The 27-year-old discovered her talent for contortion at the age of four.

SSEPTEMBER: She spends most of her day working out and training for shows around the world

SEPTEMBER: She spends most of her day working out and training for shows around the world

NOVEMBER: The pnly way is up (or under)OCTOBER: The contortionist gets carried away
OCTOBER AND NOVEMBER:  Her talents include squeezing herself into boxes just 50cm squared

DECEMBER: 'I don't really diet but I have to train very hard to keep my muscles in shape and to be as flexible as possible,' she says

DECEMBER: 'I don't really diet but I have to train very hard to keep my muscles in shape and to be as flexible as possible,' she says

source: dailymail.co.uk

Entri Lain yang Menarik

Tuesday, November 13, 2012

Sawah padi bercahaya pink pada waktu malam di Jepun

Sawah padi Shiroyone Senmaida yang terletak berhampiran laut di Jepun dipenuhi 20 ribu sinaran lampu LED Pink kini muncul dalam Guinness Book of World Records. Ia juga telah didaftarkan sebagai Globally Important Agricultural Heritage Systems (GIAHS) tahun lepas kerana statusnya sebagai tapak yang unik dan bernilai.



Entri lain yang Menarik

Monday, September 3, 2012

16 ekor lipas hidup dalam mulut untuk pecahkan rekod dunia

Sean Murphy dari Lansing, Michigan telah menetapkan rekod dunia baru dengan meletakkan 16 ekor lipas Madagascan hidup dalam mulutnya selama sepuluh saat. Awalnya, Sean Murphy berhenti pada lipas ke 12 dan menunggu sepuluh saat supaya dia tahu dia boleh menetapkan rekod baru, tetapi dia kemudian terus meletakkan empat lagi serangga menjijikkan itu ke dalam mulutnya.



Link video Sean Murphy meletakkan 16 ekor lipas di mulutnya

Rekod semasa adalah 11 ekor lipas, dan Sean Murphy berkata, dia bercadang untuk meletakkan 20 ekor lipas pula pada satu tarikh mendatang. Tujuan utama Sean Murphy memecahkan rekod ini ialah bagi menjana wang untuk Harris Nature Center - "saya mahu orang ramai untuk menyedari terdapat taman alam semula jadi yang banyak di seluruh Lansing."

Entri Lain Yang Menarik

Thursday, July 26, 2012

Pelukis Wajah Penjenayah Paling Hebat dalam Sejarah

Lois Gibson, 62, mempunyai rekod Guinness sebagai artis lakaran polis yang paling berjaya di dunia. Dia telah bekerja dengan pihak polis (Texas) selama 30 tahun dan lukisan beliau telah membantu menangkap beratus-ratus penjenayah yang teruk. Rahsia Gibson dalam menghasilkan lukisan hidup seperti lukisan komposit adalah bakat memujuk agar saksi kes dapat memberi penerangan tepat walaupun ketika itu saksi kes berada dalam keadaan takut dan terkejut.




Lagi gambar di sini

Entri lain yang Menarik

Wednesday, July 18, 2012

Ditahan di Airport kerana penis besarnya disyaki senjata Api

Seorang lelaki yang dikenali kerana mempunyai zakar terbesar di dunia (menurut Guinness) telah mengalami saat-saat sukar di sebuah lapangan terbang kerana zakarnya!


Jonah Falcon, 41, dari New York, telah ditahan dan diperiksa di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco oleh pegawai dari Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat kerana disyaki menyembunyikan pistol di dalam seluarnya. Bukan itu sahaja, Falcon telah diminta memberi kerjasama sementara pihak berkuasa menabur serbuk putih untuk memastikan 'benda' di sebalik seluarnya bukan bahan peledak.

Falcon yang pernah tampil dalam dokumentari HBO tentang ukuran kejantanannya iaitu 9 inci dan 13,5 inci ketika ereksi berkata "Saya letak 'barang' saya ke arah kiri dan saya tidak ereksi ketika disyaki membawa senjata, malah saya katakan kepada pegawai-pegawai di situ bahawa itu sebenarnya zakar saya".

Entri lain yang menarik



Monday, June 25, 2012

top 10 Dessert termahal di dunia



10. Vintage Collection - Noka Chooclate:  $854
- Coklat ini menggunakan semua jenis koko dari negara Ecuador, Venezuela, Cote d’Ivoire dan Trinidad. Syarikat yang mengeluarkan coklat ini memang terkenal dengan kualiti coklat terbaik mereka ditambah pula dengan gaya pembungkusan yang klasik dan mewah.



9. Golden Opulence Sundae: $1000
- Boleh baca info tentang dessert ini di sini



8. Brownie Extraordinaire: $1000
- Pencuci mulut ini boleh didapati di Brule, sebuah restoran di Tropicana Resort, Atlantic City, New Jersey. Ia diperbuat daripada coklat gelap bersalut kacang hazel Italy dan dihidang pula dengan satu scoop aiskrim dan wine mahal iaitu  Quinta do Novel Nicional dari Portugal.



7. The Sultan’s Golden Cake: $1,000
- Kek ini dibuat daripada buah ara, pear, aprikot, dan quince yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Jamaica Rum dan diperap selama dua tahun. Kek yang mengambil masa 72 jam untuk disiapkan ini juga ditambah dengan vanila kacang Perancis, karamel, cendawan hitam dan emas 24 karat yang boleh dimakan. Kemudian kek ini akan dimasukkan ke dalam kotak perak dengan seal emas. Biasanya kek ini akan dibuat jika ada permintaan ataupun untuk dihidang kepada Sultan.


6. Macaroons Haute Couture: $7,414
- Chef pastry dari France, Pierre Herme telah menghasilkan macaroons yang mewah ini dan antara bahan-bahannya (bergantung pada kehendak pelanggan) ialah cuka balsamic, fleur de sel, wine merah, mentega kacang dan sebagainya.



5. The Fortress Stilt Fisherman Indulgence: $14,500
- Pencuci mulut yang memberi penghormatan khas untuk hobi memancing. Diperbuat daripada bahan-bahan yang lazat, termasuk coklat, buah-buahan eksotik dan krim Ireland. Masakan ini dihidangkan dengan manisan mangga dan buah delima. Ia menggambarkan seorang nelayan, yang diukir daripada coklat, dan diletakkan pula permata aquamarine, pelanggan boleh menyimpan permata ini. Mula dihidangkan di Wine3 Fisherman Stilt restaurant di Sri Lanka.



4. Frrrozen Haute Chocolate: $25,000

- Ini merupakan frozen drink yang mengandungi koko dari 14 buah negara, susu dan 5 gram emas 24 karat yang boleh dimakan serta ditabur pula dengan krim putar dan La Madeline au truffle. Untuk menambahkan kemewahan yang bersesuaian dengan harganya, ia dihidang dalam gelas berkaki dan dihiasi emas dan berlian. Malah sudu untuk menikmati hidangan ini diperbuat daripada emas (ia boleh dibawa pulang)


3. Platinum Cake: $130,000

- Dicipta oleh chef pastri Jepun bernama Nobue Ikara, kek Platinum dengan aising putih dan dihiasi dengan pelbagai platinum termasuk rantai, pin dan loket yang boleh dimakan. Ikara mendedikasikan kek ini kepada ramai wanita, termasuk Rinko Kikuchi. Kek itu telah dipamerkan oleh Platinum Guild International, sebuah syarikat yang menggalakkan lebih ramai orang untuk membeli barang kemas platinum.



2. Strawberries Arnaud $1.4 million

- Boleh didapati di Arnaud’s restaurant in New Orleans’ French Quarter. Strawberry dihidang dalam mangkuk dengan krim dan pudina. Keistimewaannya ialah terdapat berlian merah jambu 4.7 karat di dalam hidangan ini milik Sir Ernest Cassel, penasihat kewangan diraja English. Pelanggan akan dilayan oleh pelayan yang akan menghidangkan set wine berharga $24,850 dan dendangan muzik jazz secara live.



1. Diamond Fruitcake: $1.65 million
- Chef memutuskan untuk melelong kek pada Hari Krismas di pameran Diamonds: Keajaiban Alam. Chef telah mengambil masa kira-kira 6 bulan untuk mereka bentuk kek dan sebulan untuk menyiapkannya. Kesemua isi kek boleh dimakan kecuali 223 butir berlian yang menghiasi kek ini.

Wednesday, May 23, 2012

rekod dunia main 300 hula hoops serentak (4 gambar dan video)

**CHINA-HONG KONG-HOLA HOOPS-PERFORMANCE (CN)

Jin Linlin, gadis yang menyandang rekod dunia Guinness dengan menari menggunakan 300 gelung hula secara serentak.




**CHINA-HONG KONG-HOLA HOOPS-PERFORMANCE (CN)

**CHINA-HONG KONG-HOLA HOOPS-PERFORMANCE (CN)

**CHINA-HONG KONG-HOLA HOOPS-PERFORMANCE (CN)

Entri lain yang menarik


Sunday, May 20, 2012

Bola disko gergasi dipasang di langit Paris (8 gambar)

Entri Terbaik dari Blog Lain