-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Monday, July 6, 2015

Iklan 'babi' mengucapkan Selamat Hari Raya Jadi Viral (2 gambar)

NAMPAKNYA, sensitiviti agama makin dipandang ringan pada hari ini oleh segelintir pihak yang sengaja mahu ambil kesempatan untuk menyemarakkan api ketegangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kalau beberapa tahun lalu Alvin Tan dan bekas kekasihnya menimbulkan isu hangat kerana memuat naik gambar menjemput masyarakat Islam menjamah Bak Ku Teh untuk berbuka puasa, kali ini tindakan lebih biadab lagi telah dilakukan.
Sejak semalam, laman-laman sosial mulai kecoh apabila tersebar video memaparkan imej haiwan mirip babi ‘dipakaikan’ songkok dan samping.
Bukan itu sahaja, di bawah imej haiwan tersebut tertulis kapsyen “Selamat Hari Raya”!
Lebih kurang ajar, imej berkenaan dipaparkan secara terbuka di lebih 20 billboard yang terletak di sekitar kawasan Bukit Bintang buat tontonan orang ramai.
Kalau dilihat sekali imbas, video tersebut tidak menampakkan dengan jelas imej babi kerana direkodkan pada jarak yang agak jauh. Namun apa yang pasti, ia memang memperlihatkan bentuk seekor haiwan memakai songkok dan sampin sambil tertera kapsyen ucapan hari raya.
Lantas itu, banyak pihak mendesak syarikat yang mengiklankan ucapan berkenaan, Servcorp memberi keterangan terbuka tentang rasionalnya haiwan tersebut digunakan sebagai ‘maskot’ yang memakai songkok dan sampin. Dah tak ada imej lain ke nak guna hingga perlu guna haiwan?
Susulan itu juga, anggota polis bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah turun ke lokasi kejadian dan memeriksa sendiri papan iklan elektronik berkenaan jam 9.30 pagi tadi (Ahad).
Hasil seliaan di 28 billboard bermula di Jalan Raja Chulan sehingga mengelilingi pusat membeli-belah Pavilion, pihak polis akhirnya mengesahkan imej berkenaan merupakan seekor beruang yang juga maskot bagi syarikat Servcorp yang berpengkalan di Australia.
Entri Menarik yang Lain
0
Menurut informasi, syarikat OOHM International Holdings Sdn Bhd telah diberikan tender iklan billboard tersebut dan dikatakan telah mendapat kelulusan DBKL untuk dipasang.
Sementara itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan iklan menggunakan imej seekor beruang yang kelihatan seperti babi memakai songkok dan sampin di sekitar kawasan Bukit Bintang ditarik balik.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya mengarahkan iklan yang dipamerkan pada beberapa billboard tersebut ditarik balik bagi mengelak persepsi buruk orang ramai.
“Imej khinzir (babi) mengucapkn Selamat Hari Raya di paparan iklan kawasan Bukit Bintang idak benar sama sekali. Imej yang dipaparkan merupakan imej seekor beruang yang merupakan maskot kepada syarikat Servecorp yang berpengkalan di Australia.
“Pihak DBKL telahpun mengarahkan syarikat tersebut untuk menarik balik iklan itu bagi memgelakkan persepsi buruk oleh orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kata Mhd. Amin Nordin, DBKL sedang menjalankan siasatan lanjut berkenaan perkara itu.
Mynewshub.cc hari ini melaporkan sejak semalam, video yang memaparkan imej haiwan mirip babi ‘dipakaikan’ songkok dan sampin tersebar di media sosial.
Bukan itu sahaja, di bawah imej haiwan tersebut tertulis kapsyen “Selamat Hari Raya”! Imej berkenaan dipaparkan secara terbuka di lebih 20 billboard yang terletak di sekitar kawasan Bukit Bintang buat tontonan orang ramai. – MYNEWSHUB.CC (sumber)

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain