-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Monday, June 25, 2012

top 10 Dessert termahal di dunia



10. Vintage Collection - Noka Chooclate:  $854
- Coklat ini menggunakan semua jenis koko dari negara Ecuador, Venezuela, Cote d’Ivoire dan Trinidad. Syarikat yang mengeluarkan coklat ini memang terkenal dengan kualiti coklat terbaik mereka ditambah pula dengan gaya pembungkusan yang klasik dan mewah.



9. Golden Opulence Sundae: $1000
- Boleh baca info tentang dessert ini di sini



8. Brownie Extraordinaire: $1000
- Pencuci mulut ini boleh didapati di Brule, sebuah restoran di Tropicana Resort, Atlantic City, New Jersey. Ia diperbuat daripada coklat gelap bersalut kacang hazel Italy dan dihidang pula dengan satu scoop aiskrim dan wine mahal iaitu  Quinta do Novel Nicional dari Portugal.



7. The Sultan’s Golden Cake: $1,000
Kek ini dibuat daripada buah ara, pear, aprikot, dan quince yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Jamaica Rum dan diperap selama dua tahun. Kek yang mengambil masa 72 jam untuk disiapkan ini juga ditambah dengan vanila kacang Perancis, karamel, cendawan hitam dan emas 24 karat yang boleh dimakan. Kemudian kek ini akan dimasukkan ke dalam kotak perak dengan seal emas. Biasanya kek ini akan dibuat jika ada permintaan ataupun untuk dihidang kepada Sultan.


6. Macaroons Haute Couture: $7,414
- Chef pastry dari France, Pierre Herme telah menghasilkan macaroons yang mewah ini dan antara bahan-bahannya (bergantung pada kehendak pelanggan) ialah cuka balsamic, fleur de sel, wine merah, mentega kacang dan sebagainya.



5. The Fortress Stilt Fisherman Indulgence: $14,500
Pencuci mulut yang memberi penghormatan khas untuk hobi memancing. Diperbuat daripada bahan-bahan yang lazat, termasuk coklat, buah-buahan eksotik dan krim Ireland. Masakan ini dihidangkan dengan manisan mangga dan buah delima. Ia menggambarkan seorang nelayan, yang diukir daripada coklat, dan diletakkan pula permata aquamarine, pelanggan boleh menyimpan permata ini. Mula dihidangkan di Wine3 Fisherman Stilt restaurant di Sri Lanka.



4. Frrrozen Haute Chocolate: $25,000

- Ini merupakan frozen drink yang mengandungi koko dari 14 buah negara, susu dan 5 gram emas 24 karat yang boleh dimakan serta ditabur pula dengan krim putar dan La Madeline au truffle. Untuk menambahkan kemewahan yang bersesuaian dengan harganya, ia dihidang dalam gelas berkaki dan dihiasi emas dan berlian. Malah sudu untuk menikmati hidangan ini diperbuat daripada emas (ia boleh dibawa pulang)


3. Platinum Cake: $130,000

- Dicipta oleh chef pastri Jepun bernama Nobue Ikara, kek Platinum dengan aising putih dan dihiasi dengan pelbagai platinum termasuk rantai, pin dan loket yang boleh dimakan. Ikara mendedikasikan kek ini kepada ramai wanita, termasuk Rinko Kikuchi. Kek itu telah dipamerkan oleh Platinum Guild International, sebuah syarikat yang menggalakkan lebih ramai orang untuk membeli barang kemas platinum.



2. Strawberries Arnaud $1.4 million

- Boleh didapati di Arnaud’s restaurant in New Orleans’ French Quarter. Strawberry dihidang dalam mangkuk dengan krim dan pudina. Keistimewaannya ialah terdapat berlian merah jambu 4.7 karat di dalam hidangan ini milik Sir Ernest Cassel, penasihat kewangan diraja English. Pelanggan akan dilayan oleh pelayan yang akan menghidangkan set wine berharga $24,850 dan dendangan muzik jazz secara live.



1. Diamond Fruitcake: $1.65 million
- Chef memutuskan untuk melelong kek pada Hari Krismas di pameran Diamonds: Keajaiban Alam. Chef telah mengambil masa kira-kira 6 bulan untuk mereka bentuk kek dan sebulan untuk menyiapkannya. Kesemua isi kek boleh dimakan kecuali 223 butir berlian yang menghiasi kek ini.

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain