-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Wednesday, February 8, 2012

10 wanita cantik ini lahir sebagai lelaki


Andrej Pejic

Model asal Serbia ini popular kerana kebolehannya sebagai model lelaki yang boleh beraksi sebagai model perempuan.Pada januari 2011, Pejic menjadi model lelaki dan perempuan untuk jenama pakaian Jean-Paul Gaultier di pertunjukan fesyen di Paris.Berada pada kedudukan #18 dalam senarai top 50 model lelaki. Profile Andrej Pejic



Lea T


Model Brazil ini dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Leandro Cerezo pada 1981 dan merupakan antara model transeksual yang berjaya dan popular.

Claudia Charriez

Model ini ditolak dari rancangan popular America's Next Top Model dan The Janice Dickinson Modeling Agency TV Shows pada 2008, namun nasib menyebelahinya dan menjadi juara ketika mengikuti peraduan America's Next Top Transsexual Model yang dikendalikan oleh The Tyra Banks Show.

Isis King

Dilahirkan sebagai Darrell Walls pada 1985. Model ini merupakan transgender pertama yang diterima untuk bertanding dalam America's Next Top Model. 
Link gambar Isis sebagai lelaki


Florencia De La V

Memulakan hidup pada tahun 1976 sebagai Roberto Carlos Trinidad."Wanita" ini merupakan seorang pelakon transgender yang popular dan pernah menjadi editor majalah.Telah berkahwin dengan seorang lelaki dan ibu kepada anak kembar yang lahir melalui ibu tumpang.

 Sirapassorn Atthayakorn

Warga Thailand yang turut dikenali sebagai Sammy ini muncul sebagai pemenang Miss International Queen 2011.

Chamila Asanka

Model Sri Lanka yang dikenali sebagai Chami ini turut muncul sebagai peserta Miss International Queen  2011.

 Caroline "Tula" Cossey

Model ini pernah muncul sebagai watak kecil dalam filem James Bond, The Living Daylights juga model majalah Playboy.Cossey turut menulis autobiografi tentang  dirinya sebagai seorang artis dan transgender yang bertajuk  "I Am A Woman".

Roberta Close

Model Brazil ini merupakan model transgender pra-pembedahan yang pertama beraksi untuk majalah Playboy versi Brazil.Selepas menjalani pembedahan penuh pada 1989, Close beraksi bogel untuk majalah lelaki Brazil, Sexy dan diundi sebagai "Most Beautiful Woman in Brazil".

Malika

Transgender asal India ini menjalani empat pembedahan untuk menjadi "wanita".Merupakan transgender India pertama yang dipilih menyertai Miss International Queen pada 2011.

source: oddee.com


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain