-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Tuesday, September 11, 2012

pencuri otak dan organ mayat ini sudah ditangkap

Seorang bekas penolong pemeriksa perubatan dari Florida menghadapi sehingga lima tahun di dalam penjara kerana menyimpan lebih daripada 100 bahagian badan, termasuk otak dan hati dalam bekas penyimpanan di Pensacola.



Michael Berkland, 57, telah ditangkap kerana tidak wajar untuk seseorang itu menyimpan sisa berbahaya dan ia dianggap sebagai satu gangguan awam mengikut kepada Peguam Negara. Dia ditangkap ketika memandu dengan lesen yang digantung, jadi dia turut didakwa untuk hal itu.

Paru-paru, hati, sampel tisu dan 10 otak ditemui pada Ogos 22 di dalam bekas simpanan di Uncle Bob's Storage yang disewa oleh Berkland. Bahagian-bahagian badan itu telah disimpan dalam bekas plastik, cawan spesimen, beg sampah dan cawan styrofoam yang diperoleh dari kedai serbaneka. Beberapa bekas itu didapati retak dan bocor.

Polis berkata mereka percaya bahawa bahagian badan itu merupakan milik mayat dari autopsi ketika Berkland bertugas di rumah pengebumian di Pensacola, Tallahassee, Fort Walton Beach dan Panama City. Beberapa bekas masih mempunyai nama pesakit dan tarikh bedah siasat ke atas mereka manakala yang lain adalah kosong.

Berkland bekerja untuk Pejabat Pemeriksa Perubatan di antara 1997 hingga Mei 2003 sebelum dia dipecat kerana gagal menyiapkan laporan bedah siasat tepat pada masanya. Pemeriksa Perubatan kini berusaha untuk menghubungi ahli keluarga pemilik organ-organ itu.

Entri lain yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain