Berlaku satu kes tragis yang melibatkan peminat game Counter-Strike membunuh ibu angkatnya dengan menikam mangsa selepas wanita malang itu enggan membayar bil internet di rumah mereka kerana tidak tahan melihat ketagihan game anaknya itu.Pembunuhan yang berlaku pada 13 Januari lalu itu dilakukan oleh Ionut Silviu Savin, 15 tahun di Romania.Selepas membunuh, Savin kemudian keluar ke Cyber Cafe untuk menyambung permainan kegemarannya itu sebelum di tangkap polis empat jam kemudian.Menurut bapa remaja itu, Savin telah mengabaikan pelajaran, dengan ponteng sehingga 200 kelas pada tahun 2009 dan hanya memikirkan untuk bermain Counter Strike sahaja.Pekerja di Cyber Cafe menyifatkan Savin sebagai seorang yang pendiam dan tenang, tidak pernah menunjukkan aksi tidak senang atau marah ketika bermain game.Remaja itu kini di bawah pengawasan klinik psikiatri untuk disiasat sama ada kejadian itu berlaku dalam keadaan luar kawalan atau sebaliknya. Dia boleh dipenjara sehingga 12 tahun jika didapati bersalah.
0 comments:
Post a Comment