Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Devon terkejut apabila dia membuka sebuku roti yang dibeli dari Tesco dan mendapati terdapat cicak mati di dalamnya.
Kejadian itu berlaku ketika William Evans mengambil roti untuk dijadikan sarapan pagi. Bila melihat terdapat cicak mati berukuran kira-kira 2-3 inci panjang di roti itu, dia menjerit dan ibu bapanya segera datang untuk melihat apa yang terjadi. "Dia jadi trauma dan enggan mengambil sarapan lagi," Kata ayah budak itu memberitahu Midweek Herald.

Marcus, Ayah kepada budak itu berkata, jika melihat keadaan bangkai cicak itu, ia menyelinap ke dalam bungkusan roti dan mati di situ. Marcus telah menghubungi Tesco Customer Service untuk menuntut hak pengguna tetapi ditolak oleh pihak Tesco. Malah pihak Tesco memberitahunya bahawa adalah mustahil untuk cicak masuk ke dalam bungkusan roti mereka kerana tahap kebersihan mereka yang tinggi.
"Saya terkejut atas penolakan itu malah mereka meminta saya untuk terus mengutarakan masalah itu pada pengurus tetapi saya berfikir untuk menghubungi pegawai kesihatan alam sekitar. Kami akan menyimpan roti dan bangkai itu di dalam peti sejuk sebagai bahan bukti." kata marcus lagi.
Seorang jurucakap Tesco berkata mereka telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh dalam stor, "Kami yakin dengan prosedur teguh kami dan itu bermakna bahawa tiada risiko keselamatan berkaitan makanan dalam kedai kami," katanya.
"Jika pelanggan kembalikan produk, pembungkusan dan bukti pembelian kepada kami, kami akan lakukan penyiasatan lebih lanjut lagi". - asiantown.net
Entri lain yang menarik
1 comments:
info menarik
Post a Comment