CENTRALIA, WA (AP) - Polis sedang menyiasat bagaimana seorang budak yang berusia 13 tahun dari Washington mendapat tatu naga bersaiz 6 inci di bahagian dadanya.
Ibu kepada budak itu memberitahu polis bahawa tatu itu dibuat ketika budak itu dalam perjalanan bercuti dengan rakan keluarga mereka. Alasan budak itu kepada ibunya ialah tatu itu menandakan semangatnya sebagai pesakit leukemia yang ingin bertahan untuk terus hidup. Budak itu merahsiakan siapa yang memberikan lukisan tatu pada tubuhnya.
Ibu bapa budak ini tidak gembira dengan penemuan tatu itu dan pada tubuh seorang lagi anaknya yang berusia 15 tahun walaupun si ibu dan budak itu pernah membuat tatu kecil berbentuk hati bersama-sama sebagai tanda semangat melalui sakit leukemia ketika mereka berada di Texas setahun yang lalu.(tatu untuk kanak-kanak sah di Texas atas pemerhatian ibu bapa)
Ia adalah satu pelanggaran undang-undang di Washington. Jurucakap Jabatan Pelesenan Negeri, Christine Anthony berkata, agensi itu akan bekerja sama dengan polis dalam memutuskan untuk mengambil tindakan tatatertib sama ada dalam bentuk denda atau penggantungan lesen pada pihak yang terlibat dalam membuat tatu atas kanak-kanak bawah umur. Ini merupakan kes pertama membabitkan tatu di kalangan kanak-kanak di Washington sejak lesen perniagaan tatu mula diluluskan dua tahun lalu. Pada masa ini terdapat 383 kedai tatu dan 1124 artis berlesen di Washington.
Entri lain yang menarik
2 comments:
pergh. tapi tatto ni kan bahaya utk kesihatan
tatu ganas
Post a Comment