-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Saturday, February 11, 2012

(15 gambar) Top 5 penjara Mewah di Dunia

5. Bilik penjara Al Capone di Eastern State Penitentiary Ia bermula sejak 1929 apabila Al Capone, raja penjenayah Chicago telah ditangkap dan dimasukkan ke Eastern State Penitentiary dan diletakkan dalam bilik penjara yang agak mewah jika dibandingkan dengan bilk penjara lain.


4Santa Ana Jail, California
Penghuni penjara yang tidak terlalu berbahaya membayar $75 hingga $127 sehari untuk tinggal dalam penjara ini yang mempunyai persekitaran yang lebih aman dan bersih berbanding penjara pusat.Pesalah dibenarkan membawa barang peribadi seperti laptop dan iPod ke dalam bilik penjara mereka.

3. Otago Corrections Facility, South Otago
Penjara bernilai $ 218 juta yang dibina untuk memulihkan semangat banduan dengan memberikan tempat yang menyenangkan buat banduan.Antara kemudahan yang terdapat di sini seperti televisyen, sistem pemanasan bawah lantai, perpustakaan dan gimnasium.


2. Halden Prison, Norway

Merupakan penjara mewah yang menyediakan studio, laluan joging dan sebuah ruang besar yang menyediakan dua buah bilik yang membolehkan banduan membawa ahli keluarga melawat untuk semalaman.Televisyen, peti sejuk mini, perpustakaan dan lain-lain turut disediakan.Kemudahan-kemudahan ini membolehkan banduan hidup dalam keadaan teratur dan tenang untuk membimbing mereka menjadi manusia yang lebih baik.


1. Austrian Five Star Prison (Leoben Justice Centre)
Merupakan kompleks pengadilan, pejabat hakim, dan sudah semestinya sebuah penjara.Terletak di kota Leoben di Austria, salah satu penjara terbaik di dunia yang menyediakan gim, bilik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk televisyen peribadi, dan pelbagai kemudahan lain.

Entri Lain yang Menarik


2 comments:

pergh... kalau mcm ni punye penjare,rasenye takde keinsafannye

harap2 penghuni penjara akan mghargai kmdhn2 yg disediakn la

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain