Bekerja sebagai penjual daging, Lisa Melland, 27, pastinya ingin membersihkan badan dan mandi untuk menyegarkan tubuhnya selepas tamat waktu bekerja, tetapi air merupakan satu alergi pada wanita ini.Lisa yang berasal dari Derbyshire, England disahkan aquagenic urticaria sejak tujuh tahun lalu.Ia merupakan kes yang terjadi satu dalam seratus milion dan hanya terdapat 40 kes di dunia.
Alergi yang dialami Lisa membuatkan kulitnya gatal dan terbakar hingga boleh berdarah jika air lambat dikeringkan dari tubuhnya.Dia tak boleh berenang dan menangis kerana air mata boleh menimbulkan ruam di wajahnya.Lisa harus mengurangkan aktiviti mandi dan mesti terus menyapu losyen hypoallergenic selepas terkena air.Lisa telah mencuba pelbagai kaedah untuk merawat penyakitnya seperti mengambil ubat anti-histamin, cuba perubatan Cina, homeopati, air suling, air yang ditapis, air masak, dan air laut masin tetapi masalah ini menjadi lebih buruk.
Nina Goad dari British Association of Dermatologist mengatakan, alergi air kemungkinan terjadi akibat tingginya kadar histamin dalam darah. Namun, ahli perubatan belum mengetahui dengan pasti apa penyebab keadaan itu sehingga menyukarkan proses mencari rawatan.
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment