Maut tidak akan dapat memisahkan cinta sejati Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Mereka telah menjalin hubungan cinta selama enam tahun, memiliki dua anak dan bercadang untuk berkahwin di sebuah dewan bandaraya di Perancis pada November 2008.Namun, George mati selepas terlibat dalam kemalangan motorsikal dua hari sebelum hari perkahwinan mereka.Setahun berlalu, Magali tidak dapat melupakan rasa cintanya terhadap George.Wanita itu nekad melangsungkan perkahwinan melalui persetujuan undang-undang Perancis dengan foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt, timur Perancis pada November 2009 dengan sokongan keluarga dan sahabat.
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment