-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Monday, May 21, 2012

cacat Akibat taksub pembedahan plastik


Hang Mioku, kini 48, menjalani prosedur pembedahan plastik pertama ketika dia berusia 28, di Jepun.Selepas pembedahan demi pembedahanwajah Hang akhirnya jadi hodoh dan cacat, namun dia melihat dirinya di cermin sebagai wanita yang cantik.Tidak puas dengan segala pembedahan lalu, Hang terus-terusan ingin menjalani pembedahan plastik namun ditolak oleh doktor setelah doktor melihat tanda-tanda pada diri Hang sebagai wanita yang berdepan dengan masalah gangguan psikologi.



Apabila dia pulang ke Korea, ibu bapa dan keluarganya tidak mengenali dia kerana pembedahan plastik berulang kali yang dijalaninya telah mengubah wajah Hang.Keluarga Hang kemudian membawanya ke doktor dan gangguan psikologinya kemudian mula dirawat.Namun, rawatan ini terlalu mahal sehingga ia dihentikan.



Peliknya, Hang telah bertemu dengan seorang doktor yang memberinya suntikan kolagen.Bukan itu sahaja, doktor itu telah memberi Hang jarum dan alat untuk Hang menyuntik sendiri kolagen ke wajahnya.Lebih memburukkan keadaan apabila bekalan silikon habis dan Hang mencari jalan keluar kepada ketagihan kecantikan plastik itu dengan menyuntik minyak masak ke wajahnya.Akibatnya, wajah Hang semakin hodoh dan besar, tidak bersesuaian dengan saiz tubuhnya yang kecil.



Masalah Hang ini telah disiarkan melalui sebuah stesen tv dan Hang telah diberi derma untuk dia menjalani pembedahan mengecilkan saiz wajahnya.60g bahan asing dari muka dan 200g dari leher Hang telah dikeluarkan ketika prosedur pembedahan dijalankan.Namun wajahnya masih besar, berparut dan cacat.Kini, Hang hanya boleh berharap agar wajahnya kembali seperti wajah asal.

1 comments:

terjumpa info ni, juga pasal pembedahan plastik… sharing is caring :) - Senarai Harga Pembedahan Plastik

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain