Media China hari ini mendedahkan skandal seks bekas pegawai tertinggi kerajaan mereka, Bo Xilai yang kini di dakwa membayar sejumlah wang untuk melakukan hubungan seks dengan aktress & selebriti terkenal, Zhang Ziyi. Bo Xilai di katakan membayar sebanyak RM2.9 juta kepada Ziyi sebagai balasan untuk hubungan seks pertama kali mereka sekitar tahun 2007.
Kemudian, tawaran sebesar RM4.9 juta untuk Zhang Ziyi pula diberi agar dia kembali ke ranjang bersama bekas pegawai kerajaan China itu. Pelakon berusia 33 tahun itu telah tidur bersama Bo Xilai sekurang kurangnya 10 kali sejak tahun 2007 hingga 2011 di Beijing, China. Media China turut melaporkan kegiatan pelacuran Zhang Ziyi bukan sahaja melibatkan Bo Xilai malah beberapa lagi orang kaya & ternama China yang lain sehingga bayaran lumayan yang diperolehnya mencecah angka RM347 juta.
Skandal ini dikatakan menjadi punca utama Zhang Ziyi tidak menghadiri Festival Filem Cannes 2012 walaupun filem terbarunya iaitu Dangerous Liaisons ditayangkan buat pertama di acara gemilang itu.
Entri lain yang menarik
1 comments:
wala weh..biar betul...bukan cantik sangat pun
Post a Comment