Zhang Shih, 38 dari Linyi, wilayah Shandong, timur China telah melanggar jiran nya iaitu Wang Lu dan anak perempuan berusia empat tahun wanita itu yang disyaki merupakan skandal suami nya. Apabila perkhidmatan kecemasan tiba, Zhang Shih melakukan semua yang dia mampu untuk memastikan wanita itu dan anak nya yang cedera parah dalam kejadian itu tidak diberikan bantuan walaupun pegawai polis mengacukan senjata api pada badan Zhang Shih yang terus berbogel dan berbaring di hadapan ambulans yang bersedia membawa mangsa ke hospital.
''Dia berusaha menghalang setiap orang yang cuba untuk membantu mereka, kemudian apabila ambulans tiba, dia melucutkan semua pakaian nya dan berbaring di hadapan kenderaan itu'' kata seorang jurucakap polis. Zhang Shih berusaha menghalang kerja menyelamat itu selama lebih kurang setengah jam.
Dia juga didakwa menumbuk paramedik yang berusaha merawat anak kepada kekasih suaminya sehingga kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia akibat kecederaan dan terlambat mendapatkan rawatan. Sekarang Zhang Shih yang merupakan seorang guru sekolah rendah sedang menghadapi tuduhan pembunuhan dan cubaan membunuh, kata pendakwa. Jika didapati bersalah, dia menghadapi hukuman mati.
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment