-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Sunday, July 1, 2012

bakal suami Ella jejaka 30 tahun, Azhar Ghazali

SEORANG lelaki tinggi, tegap dan berkulit hitam manis masuk ke dalam sebuah kedai bunga. Memilih bunga pilihan dan menyusun kata untuk diberikan kepada tangkai jiwanya. Situasi ini terjadi beberapa kali sewaktu sang bunga berdepan dengan peristiwa penting seperti konsert dan pentas akhir Mentor musim keenam. Jejaka romantis yang dimaksudkan itu, Azhar Ghazali, 30, masih misteri di pandangan mata khalayak. Wajahnya mahu diketahui malah ditinjau-tinjau oleh para pengikut industri tempatan khususnya peminat Norzila Aminuddin atau Ella, 46. Tambahan lagi, sepanjang minggu tiupan berita yang mengatakan si penyanyi dengan status Ratu Rock Malaysia itu bakal menamatkan zaman solonya, nama Azhar menjadi sebutan dan pertanyaan ramai.
Si jejaka yang bertugas sebagai juruterbang syarikat penerbangan Firefly turut berdepan debaran. Debar mahu berubah status malah goncangan itu mungkin semakin dirasai apabila kelak dia bakal menjadi perhatian kerana menjadi lelaki yang berjaya membuka pintu hati Ella untuk masuk ke gerbang rumah tangga. Buat Ella, Azhar adalah lelaki yang sangat memahami dan menerima dirinya seadanya malah vokalis Sepi Sekuntum Mawar Merah itu yakin jodohnya sudah tiba. Melihatkan sokongan Azhar sendiri terhadap perjalanan karier Ella termasuk hadiah jambangan bunga di hari-hari penting kerjaya wanita itu, sudah tertanda sikap mendokong dan romantis jejaka tersebut. Mungkin itu juga kriteria yang menyebabkan hati Ella bertaut dengan Azhar.
Pastinya setiap tahun sang puteri itu berdepan dengan pertanyaan yang sama oleh khalayak. Soalan bila mahu menamatkan zaman solo pasti sudah masak dan klise benar di telinga penyanyi yang melangkah masuk ke dunia hiburan pada tahun 1985 ini. Saban tahun, Ella dihinggapi soalan yang sama dan untuk tahun ini akhirnya dia dapat menjawab dengan tepat. Tanggal 7 Julai ini telah dicatatkan sebagai hari bersejarah buat penyanyi kesayangan ramai itu. Bakal disatukan secara tertutup di rumah keluarga Ella di Klang, Selangor, satu resepsi akan dilanjutkan pula pada 1 Disember mendatang.
Menurut Ella dalam satu temu ramah, perkenalan selama sembilan tahun berlangsung secara jarak jauh. Namun menurut sumber terdekat, pertemuan semula di konsert Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen Mines pada 17 Disember 2011 seakan-akan menandakan jodoh mereka. Pertemuan itu merapatkan semula hati yang sedang sama-sama kosong waktu itu. Sampai seru, ikatan jodoh itu didekatkan dengan majlis merisik yang diadakan pada 17 Jun lalu. Bak kata orang tua-tua, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana.
Azhar sewaktu dihubungi Sensasi Bintang mulanya enggan mengulas lanjut kerana katanya semua itu berada di luar lingkungan kerjaya dan kuasanya. Dipujuk jejaka yang bakal menjadi pelindung Ella itu, dia berlembut. Itu suatu langkah mula untuk kelak dia 'terlibat' dalam dunia hiburan setelah beristerikan seorang ratu kelak.
"Kesederhanaan yang ada pada Ella itu buat gua suka. Keserasian dalam kita berkata-kata serta keyakinan gua dan Ella pada kuasa Yang Maha Esa juga merupakan faktor gua sukakan dia," ujarnya ringkas dalam bahasa 'lu' dan 'gua' menampakkan jiwa rocknya yang sangat sebati dengan Ella.kosmo
Entri lain yang menarik


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain