Fizz Fairuz buat laporan polis Kuala Lumpur: Pelakon sensasi, Mohd Fairus Zainal Abidin, 34 atau Fizz Fairuz yang
dikaitkan kes putus tunang bersama isteri orang, Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, membuat
laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu dan mendakwa tidak pernah
mengetahui wanita itu sudah bernikah.
Laporan jam 1.43 petang itu dibuat sendiri pelakon terbabit yang bertujuan melindunginya selain
tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan
hubungan dengan wanita berkenaan.
Sumber polis berkata, laporan berkenaan difahamkan berkait kontroversi menimpa aktor
terbabit tiga hari lalu sejurus pelakon filem Nur Kasih The Movie itu menerusi akhbar dilaporkan
bertunang dengan isteri orang.
“Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh
perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.
“Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan
hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
sumber : harian metro
|
Entri lain yang menarik
0 comments:
Post a Comment