Ini boleh dikatakan sambungan daripada entri kanak-kanak Kemboja memburu/menangkap labah-labah di hutan untuk dijadikan makanan ringan mereka. Sekarang mari kita melihat pula aktiviti orang dewasa Kemboja menjual labah-labah di Spider Market aka Spiderville. Labah-labah yang dijual adalah jenis tarantula dengan saiz sebesar tapak tangan dewasa. Ia dijual dalam bentuk sebenar dan kadangkala ditambah perisa pedas.
sedikit info menurut wiki:
Labah-labah berbulu ini ada 900 jenis spesis dan kebanyakannya tidak berbahaya pada manusia dan boleh dijadikan haiwan peliharaan eksotik.
sedikit info menurut exoticpets.about.com:
Haiwan ini menggigit dan sesetengahnya amat beracun tetapi ada juga yang bisanya hanya seperti bisa lebah yang mengakibatkan kemerahan dan bengkak, tetapi jika seseorang itu ada alergik pada labah-labah maka kemungkinan juga boleh membawa maut.
photo: brianbarbieri.com
Entri Lain Yang Menarik
0 comments:
Post a Comment