-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Monday, March 11, 2013

Pangkat dan gaji PDRM dan ATM kini Setara

PANGKAT DALAM ATM, PDRM DISETARA - NAJIB


Putrajaya, 11 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berkuatkuasa 1 Jan 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.

Beliau berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred

jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan
Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan
29 Perkhidmatan Awam Am," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di sini.

Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.

Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.

"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," katanya. - BERNAMA

Entri lain yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain