-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Sunday, July 21, 2013

Empat Gadis Islam jadi Finalis Miss World malaysia 2013 (5 gambar)

Kathrina
Wafa
Miera
Sara
(gambar: kredit pada FB Miss World - Malaysia)
 Update: Empat finalis ini digesa Mufti Selangor agar menarik diri dari pertandingan ratu cantik ini.

KUALA LUMPUR 18 Julai - Seramai empat gadis Islam merupakan antara 20 peserta yang dipilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.

Pemilihan finalis untuk pertandingan ratu cantik itu dibuat dalam satu sesi interbiu tertutup yang berlangsung di sini pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung baru-baru ini.

Mereka dipilih berdasarkan kemampuan membawa diri dengan penuh keyakinan, personaliti dan cara mereka mengikut tema pertandingan iaitu 'Kecantikan Dengan Tujuan'.

Peserta yang dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2013 akan mewakili negara pada pertandingan Miss World 2013 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 28 September nanti.

Penganjur pertandingan, Datuk Anna Lim ketika dihubungi mengesahkan penyertaan empat finalis beragama Islam pada pertandingan ratu cantik itu tahun ini.

"Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang," katanya.

Menurutnya, selain gelaran utama, peserta turut akan merebut lapan lagi gelaran yang disediakan iaitu Miss Fashion Metrojaya, Miss Body Beautiful Wacoal, Miss Beautiful Eyes Optimax, Miss Personality, Miss Photogenic, Miss Beautiful Skin dan Miss Elegance.

Katanya, Miss Malaysia World 2013 akan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan menjadi duta bagi beberapa produk.

Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.

Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992.

Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997.

Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak.


Entri lain yang menarik


0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain