SEPANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan salah seorang pemegang pasport curi yang menaiki pesawat Boeing 777 MH370 tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Menurutnya, pemilik pasport itu ialah seorang remaja Iran berumur 19 tahun yang cuba berhijrah dan menetap di Jerman.
"Salah seorang pemilik pasport palsu itu bernama Pouria Nour Mohmammad Mahrdad yang cuba keluar negara untuk berhijrah dan menetap di Jerman manakala identiti seorang lagi masih belum dikenal pasti.
"Pihak berkuasa tempatan telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Jerman dan kami diberi maklumat ibunya sedang menunggu ketibaannya di Frankfurt.
“Apabila menyedari anaknya tidak tiba di sana, ibunya mula menghubungi pihak berkuasa untuk mengetahui keadaan anaknya," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Tambah Khalid lagi, pihak berkuasa sedang mengesan identiti seorang lagi penumpang yang turut memegang pasport curi.
Polis mendedahkan gambar kedua-dua individu berkenaan hari ini
Pesawat MAS MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu lalu dan dijadualkan tiba pada 6.40 pagi pada hari yang sama.
Namun pesawat itu dikatakan terputus hubungan komunikasi pada jam 2.40 pagi dan tidak dapat dikesan sehingga kini.
Susulan daripada insiden itu, pihak berkuasa tempatan telah mengadakan kerjasama dengan sembilan buah negara dalam misi mencari dan menyelamat pesawat terbabit.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya kini sedang menyiasat punca kehilangan pesawat MH370.
"Kami sedang fokus dan kaji motif kehilangan pesawat, antara motif yang berkemungkinan ialah sabotaj, rampasan, masalah psikologi dan masalah peribadi penumpang dan krew," katanya lagi.
Beliau turut berharap agar semua pihak dapat bersabar dan memberikan pihak berkuasa lebih masa untuk membuat siasatan ke atas kehilangan pesawat MH370.

sumber: sinarharian
Entri Lain yang Menarik
0 comments:
Post a Comment