-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Friday, July 18, 2014

Pesawat ‪Mas MH17‬ ditembak dan terhempas di Ukraine (video)

Pesawat MH17‬ dilaporkan ditembak jatuh, dunia menunggu maklumat rasmi

AMSTERDAM - Situasi pesawat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa sejumlah 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas berhampiran sempadan Ukraine, Rusia mula membanjiri laman media sedunia sebentar tadi.


Link video yang menyayat hati di SINI


Pihak MAS dalam laman Twitter mengatakan bahawa pesawat MH17 dari Amsterdam gagal dihubungi dan lokasi terakhir dikesan adalah berdekatan Ukraine.


Sumber penerbangan dari Moscow memberitahu kepada Reuters bahawa pesawat tersebut kelihatan sedang terbakar telah terhempas di bahagian timur Ukraine.
Sumber berkenaan turut melaporkan pesawat tersebut gagal memasuki ruang udara Rusia.
Laman web BBC turut menunjukkan kawasan pesawat tersebut terhempas iaitu di barat bandar Krasni Luch.

Menurut Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko yang juga dipetik daripada AP menyatakan bahawa pesawat tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu pada kedudukan ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Walau bagaimanapun, pengesahan mengenainya belum dapat disahkan secara rasmi.

Sejak kebelakangan ini, beberapa pesawat tentera telah ditembak oleh kumpulan peluru berpandu ini di bahagian timur Ukraine di mana pemberontak pemisah pro-Rusia telah berjuang memerangi tentera kerajaan.

Pejabat Luar United Kingdom (UK) berkata, pihaknya sedar mengenai laporan kemalangan itu dan "segera berusaha untuk mengesahkan apa yang telah berlaku".

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain