Lina Medina, ibu termuda yang disahkan dalam sejarah perubatan, melahirkan anak pada usia 5 tahun, 7 bulan dan 21 hari.Lina telah dibawa ke hospital oleh ibu bapanya pada usia 5 tahun kerana saiz perut yang semakin membesar. Dia pada mulanya dianggap mempunyai tumor, tetapi doktor itu kemudian mengesahkan Lina hamil tujuh bulan.Pada Mei 14, 1939, beliau melahirkan bayi lelaki secara pembedahan kerana Lina mempunyai pelvis yang kecil.
Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr. Edmundo Escomel La Presse Medicale, bersama dengan butir-butir tambahan iaitu Lina mengalami haid pertama pada umur 8 bulan (artikel lain menyatakan Lina mendapat haid yang pertama pada umur 2 tahun setengah).Manakala payudara Lina pula tumbuh seawal umur 4 tahun.
Bayi Lina seberat 2.7 kg ketika lahir dan dinamakan Gerardo sempena nama doktor yang merawat Lina. Gerardo membesar dengan menganggap Lina adalah kakaknya, tetapi mengetahui Lina adalah ibunya pada umur sepuluh tahun.Beliau membesar sihat tetapi meninggal dunia pada tahun 1979 pada usia 40 tahun akibat penyakit sum-sum tulang.
Lina Madinah tidak pernah mendedahkan bapa kanak-kanak itu.Bapa Lina telah ditangkap kerana disyaki rogol dan sumbang mahram, tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.Lina akhirnya bekerja di klinik Dr. Gerardo Lozada, doktor yang melakukan pembedahan itu. Lozada memberikan pendidikan, dan membantu mendaftarkan anak Lina masuk ke sekolah menengah.
Sumber : dailylinked.net
0 comments:
Post a Comment