Huddersfield, England, Michelina Lewandowska, 27, mendakwa bahawa teman lelakinya mengebumikannya hidup-hidup, tetapi menyelamatkan dirinya dengan memotong 'keranda' kadbod menggunakan cincin pertunangannya.Kelmarin, wanita ini telah memberi keterangan terperinci tentang pengalamannya diikat dan ditanam hidup-hidup dalam kotak dengan pemberat di atas permukaan tanah agar dia tidak dapat melepaskan diri.
Beliau berkata dalam keterangannya bahawa dia berjaya membuka pita pelekat di mulutnya tetapi risau akan kekurangan oksigen."Ia tidak mudah. Saya cuba untuk menghirup oksigen yang ada dalam ruangan kotak".Lewandowska kemudian memotong pita pelekat di pergelangan kaki menggunakan cincin pemberian si pelaku dan juga teman lelakinya, Marcin Kasprzak, 25.Cincin itu juga digunakan wanita ini untuk membuat lubang pada kotak dan kemudian menggali tanah untuk sampai ke permukaan.
Beliau sebelum itu telah ditembak dua kali dengan senapang 300,000 Taser volt oleh Kasprzak dan diikat di rumahnya.Setelah itu dia dibawa ke hutan oleh Kasprzak dan seorang rakan, Patryk Borys, 18.Selepas ditanam, dia hanya diam sehingga dia pasti bahawa mereka telah pergi.Selepas berjaya keluar dari 'kubur', wanita ini telah menahan kenderaan di pinggir jalan hutan untuk ditumpangi.
Kasprzak mahu menyingkirkan wanita ini kerana inginkan hak penjagaan
anak mereka yang berusia tiga tahun, Jakub, dan lelaki ini juga tidak mahu Lewandowska membawa Jakub pulang ke Poland.
(Tertuduh: Patryk Borys)
Secara ringkasnya, kes ini adalah mengenai seorang lelaki muda yang bosan dengan pasangan iaitu ibu kepada anaknya, dan dia memutuskan untuk menyingkirkan dia.Kes ini masih di bicarakan...
Entri Lain yang Menarik
2 comments:
Sang wanita masih bisa selamat, itu adalah pertolongan Sang Maha Kuasa.
ya btl tu :)
Post a Comment