Biasanya Viagra dikaitkan untuk mengatasi disfungsi seksual.Namun, seorang kanak-kanak, Calvin Muteesa, mesti minum Viagra empat kali sehari demi bertahan hidup sejak usia 3 bulan.Calvin merupakan orang England termuda yang secara rutin menggunakan Viagra.
Calvin menghidap penyakit penyakit pulmonary arterial hypertension yang boleh menyebabkan tekanan darah Calvin menjadi sangat tinggi, sehingga boleh menyebabkan paru-parunya kekurangan darah yang membekalkan oksigen.Akibat penyakit ini, organ hati Calvin harus bekerja dua kali lebih keras demi memaksa darah mengalir ke paru-parunya.Viagra yang diambil berfungsi menguatkan arteri paru-paru, yang membawa darah dengan lebih banyak dan mencukupi.
Calvin mengambil Viagra dalam bentuk cecair dengan dos tertentu. Maureen, ibu Calvin juga harus berhati-hati dan tidak terlambat memberikan ubat. Sebab, kanak-kanak ini pernah dibawa ke hospital, kerana pengasuhnya terlambat memberikan ubat.Menurut Maureen, setakat ini doktor masih menyarankan pengubatan viagra ini untuk Calvin. Namun, jika Calvin sudah cukup umur, ibu ini berharap anaknya boleh menjalani transplan paru-paru dan jantung agar tidak lagi bergantung pada viagra.
Entri menarik yang lain
0 comments:
Post a Comment