-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Thursday, April 12, 2012

Imam restui pasangan gay ini untuk berkahwin (4 gambar)

Dua lelaki gay Islam yang dilamun cinta berkahwin di Perancis dengan restu seorang imam.



Zahed Ludovic Mohamed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeriadan Qiyam al-Din dari Afrika Selatandilaporkan berkahwin selaras dengan syariah (undang-undang Islam) di hadapan seorang imam Mauritius bernama Jamal pada 12 Februari2012, mengikut laporan Albawbaba pada 2 April lalu.



Zahed telah berkongsi cerita dengan TV Perancis 24 bagaimana dia bertemu Din tahun lepas pada konvensyen AIDS di Afrika Selatan."Saya berada di dalam dewan kuliah apabila seorang imam, yang kebetulan adalah gay sendiri, memperkenalkan saya kepada Din. Kami mendapati yang kami mempunyai banyak persamaan dan kekaguman bersama ini dikukuhkan lagi dengan  membuat keputusan untuk berkahwin dan ia lebih mudah memandangkan undang-undang Afrika Selatan membenarkan hubungan sejenis,"katanya.

Selepas perkahwinan yang diurus oleh keluarga Din selesai, pasangan itu kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Perancis dan menetap di pinggir bandar Paris, dengan harapan kerajaan Perancis akan mengiktiraf perkahwinan mereka, malangnya pihak berkuasa Perancis enggan.Perkahwinan di sebelah keluarga Zahed diadakan di sebuah rumah sederhana di Servon di pinggir Paris, dan telah dihadiri oleh ibu bapa dan beberapa kawan rapat.


Zahed didiagnosis dengan AIDS pada usia 19 tahun, tetapi penyakit memberinya tujuan baru dalam hidup dan telah membuatkan beliau lebih dekat dengan agama.Walaupun terdapat ancaman yang saya dapat melalui telefon atau Internet, dari orang-orang Arab dan umat Islam namun hari ini saya rasa lebih selesa dan aman,"katanya.Zahed mahu melanjutkan pengajian doktor falsafah Islam dan homoseksual dan mengetuai sebuah organisasi yang membuat penyelidikan isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan homoseks.Keutamaan mutlaknya adalah untuk mendapatkan permit undang-undang untuk pasangannya agar dapat  tinggal dan bekerja di Perancis.Pasangan itu tidak bercadang untuk pergi ke sebuah negara Arab atau Islam kerana takut didiskriminasi."Kami mahu tinggal di Perancis, kerana suami saya benar-benar suka negara ini.Walau bagaimanapun, jika ianya menjadi mustahil kami akan kembali ke Afrika Selatan semula,"Akhirinya.

Entri lain yang menarik


1 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain